Thursday 24 May 2012

Keterangan Jenis Mesin Jahit

1.  Mesin jahit tangan
  • digunakan di atas meja atau tempat yeng berpermukaan rata.
  • mudah diangkat
  • Mesin jahit ini ada pengayuh pada bahagian roda imbangnya dan dapat berjalan apabila pengayuh ini dipusingkan.
  • Oleh sebab sebelah tangan sahaja yang digunak untuk mengawal jahitan, kerja yang dihasilkan adalah lambat
2.  Mesin jahit kaki
  • mesin jahit ini mempunyai pemidang pemijak yang terletak hampir dengan lantai
  • terdapat pengayuh yang dapat digerakkan dengan  menggunakan kedua-dua belah kaki 
  • apabila menggunakan mesin ini kedua-dua tangan boleh mengawal jahitan dengan sempurna
  • selepas menjahit mesin ini boleh disimpan dengan dibalikkan dan dimasukkan ke bawah serta meninggalkan permukaan rata yang boleh digunakan sebagai meja.
3.  Mesin  jahit elektrik
  • mesin ini berfungsi sama seperti mesin jahit kak, tetapi dipasangkan sebuah motor elektrik padanya.
  • had laju menjahit boleh dikawal dengan alat penekan kaki
  • mesin akan bergerak apabila alat penekan ditekan atau dipijak
  • apabila penekan ditekan dengan kuat, maka mesin ini akan bergerak dengan laju
  • kedua-dua belah tangan bebas untuk mengawal jahitan apabila menggunakan mesin ini
  • mesin jahit ini menjimat masa dan tenaga penjahit
4.  Mesin elektronik
  • mesin ini mesin jahit yang paling moden dan terdapat pelbagai jenis mata jahitan
  • harganya lebih mahal kerana mempunyai pelbagai corak, bentuk, dan dapat menghasilkan pelbagai artikal jahitan walaupun yang rumit
  • komputer dan kawalan automatik terdapat pada mesin jahit ini memudahkan kerja-kerja pilihan, misalnya untuk menjahit butang dan lubang butang, menjahit sulaman yang pelbagai corak dan warna, dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment