Friday 25 May 2012

Bahagian Mesin Jahit

1.  Roda imbang
2.  Tiang benang
3.  Tuas penegang benang
4.  Ceper pemegang benang
5.  Spring penegang benang
6.  Gigi penolah
7.  Tiang penggulung benang
8.  Pelaras jahitan



Thursday 24 May 2012

Keterangan Jenis Mesin Jahit

1.  Mesin jahit tangan
  • digunakan di atas meja atau tempat yeng berpermukaan rata.
  • mudah diangkat
  • Mesin jahit ini ada pengayuh pada bahagian roda imbangnya dan dapat berjalan apabila pengayuh ini dipusingkan.
  • Oleh sebab sebelah tangan sahaja yang digunak untuk mengawal jahitan, kerja yang dihasilkan adalah lambat
2.  Mesin jahit kaki
  • mesin jahit ini mempunyai pemidang pemijak yang terletak hampir dengan lantai
  • terdapat pengayuh yang dapat digerakkan dengan  menggunakan kedua-dua belah kaki 
  • apabila menggunakan mesin ini kedua-dua tangan boleh mengawal jahitan dengan sempurna
  • selepas menjahit mesin ini boleh disimpan dengan dibalikkan dan dimasukkan ke bawah serta meninggalkan permukaan rata yang boleh digunakan sebagai meja.
3.  Mesin  jahit elektrik
  • mesin ini berfungsi sama seperti mesin jahit kak, tetapi dipasangkan sebuah motor elektrik padanya.
  • had laju menjahit boleh dikawal dengan alat penekan kaki
  • mesin akan bergerak apabila alat penekan ditekan atau dipijak
  • apabila penekan ditekan dengan kuat, maka mesin ini akan bergerak dengan laju
  • kedua-dua belah tangan bebas untuk mengawal jahitan apabila menggunakan mesin ini
  • mesin jahit ini menjimat masa dan tenaga penjahit
4.  Mesin elektronik
  • mesin ini mesin jahit yang paling moden dan terdapat pelbagai jenis mata jahitan
  • harganya lebih mahal kerana mempunyai pelbagai corak, bentuk, dan dapat menghasilkan pelbagai artikal jahitan walaupun yang rumit
  • komputer dan kawalan automatik terdapat pada mesin jahit ini memudahkan kerja-kerja pilihan, misalnya untuk menjahit butang dan lubang butang, menjahit sulaman yang pelbagai corak dan warna, dan lain-lain.
Jenis-jenis Mesin Jahit

1.  Mesin jahit tangan
 

2.  Mesin jahit kaki





3.  Mesin jahit elektronik

 
4.  Mesin jahit elektrik





Bahagian Utama Mesin Jahit dan Fungsinya

1.   Tiang benang  -  memegang buku benang
2.   Pelaras penekan jahitan  -  mengawal tekanan penekan benang
3.   Tuas pemegang benang  -  mengawal pergerakan benang
4.   Tuas angkat  -  menurunkan dan menaikkan penekan jahitan
5.   Ceper penegang benang  -  mengawal ketegangan benang
6.   Spring pemegang benang  -  mengawal ketegangan benang
7.   Penekan jahitan  -  menetapkan fabrik yang dijahit
8.   Gigi penolak  -  menolak fabrik ke depan ketika menjahit
9.   Pemegang jarum  -  memegang jarum jahit
10. Pelaras mata jahitan  -  melaras mata jahitan
11. Skru pemberhenti jahitan  -  mengawal jarum jahit
12.  Pemusing gelendung  -  menggulung benang
13. Roda imbang  -  mengawal pergerakan mesin /
                               memula dan memberhentikan
                               pergerakan mesin
 tara...... ni lah dia ELIAS HOWE...... orang yang bertanggungjawab mengembangkan industri mesin jahit di dunia....

MESIN JAHIT

Mesin jahit pertama dicipta oleh BEUTHELEMY THINONUIEU pada tahun 1980.......

Ha...... kemudian...... ELIAS HOWE dan ISSAC M.SINGER pula telah mengembangkan model mesin jahit mereka sendiri.... kagum kan!